Kehidupan sebagai petani dan pekebun Sabran Asmawi

Di samping mengajar ilmu agama, bertani, berkebun serta bercucuk tanam adalah merupakan pekerjaan tetap Allahyarham TG untuk menampung hidup keluarga yang begitu ramai. Berkat usaha dan berbakti pada bumi atas sebidang tanah pusaka tapak rumah tempat menanam padi dan beberapa lokasi berdekatan di Sungai Semambu, Changkat Lobak di tanam dengan kelapa sawit serta di Sungai Malau dan Selama, Perak dengan tanaman getah sudah lebih dari cukup dan rezeki yang dikurniakan Allah Ta'ala tidak pernah putus-putus. Di usia muda dan di ketika kudrat yang masih kuat, Allahyarham TG turun ke sawah padi mengerjakannya sendiri menggunakan tulang empat kerat. Kerja-kerja seperti menabur (menyediakan anak semaian), meredih[4], merumput, menyisir dan menebar rumput sebelum kerja-kerja menanam padi dilakukan.

Pekerjaan yang agak ringan ini, kebiasaannya Allahyarham TG akan meminta anak-anaknya (yang dalam lingkungan umur 7 ke 10 tahun) membantu dimana diketika inilah anak-anak sering diajar pengalaman bercucuk tanam serta bertani, juga dalam masa yang sama diselitkan dengan kiasan-kiasan ilmu tentang kebesaran Allah Ta'ala serta doa-doa[5] tertentu memohon dari Allah Ta'ala agar hasil tanaman tetap subur dan menjadi. Bagi kerja-kerja yang lebih berat sedikit, seperti menajak (membajak), menanam dengan menggunakan sejenis alat yang dinamakan “kuku kambing”[6] dan memukul (memungut hasil padi) kebiasaannya akan dibantu oleh anak-anak murid yang ramai datang bergotong-royong. Di kala inilah Allahyarham TG kebiasaannya akan memasak sendiri makanan yang hendak dihidangkan kepada mereka yang kuat berkerja membanting tulang di sawah sambil dibantu isteri.

Di sekeliling kawasan rumah tidak dibiarkan kosong tanpa ada tanaman buah-buahan. Berbudi kepada tanah pasti akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Ta'ala. Pohon seperti durian, manggis, rambutan dan mangga yang pelbagai jenis ditanam dan dijaga dengan baik diwaktu terluang. Ada sepohon rambutan di hadapan Surau al-Ansar yang berkembar dengan rumah kediaman Allahyarham TG tidak pernah putus-putus buahnya walaupun di luar musim sejak mula ia berbuah hinggalah ke hari ini.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm